Monday 28 May 2012

Minggu ke-5

selamat pagi..

pada minggu ke 5, iaitu pada 22/5/2012 saya telah menyertai IBM conference yang bertempat di One world hotel, PJ.  pelbagai input yang saya dapat semasa menyertai conference ini seperti cloud, smarter computing, virtualization dan banyak lagi..banyak booth2 dibuka seperti redhat, lenovo, intel and etc. ramai peserta dari pelbagai company berkumpul dan mereka kelihatan sangat professional. pelbagai aktiviti seperti kuiz dan juga cabutan bertuah diadakan. hadiah yang ditawarkan sangat lumayan seperti Ipad, galaxy tab, TV LCD plasma, dan banyak lagi.yang pasti saya tak cukup bertuah. enjoy pictures below.. =)



antara gift yg saya dapat.

Wednesday 23 May 2012

Minggu Ke 4

Pada minggu keempat, saya membantu En.Faizar mengemaskini maklumat di laman web PPUiTM dan mencari maklumat untuk digunakan di dalam projek saya. selain itu saya mula menulis proposal  untuk projek yang akan di hantar pada minggu ke 5. pada hari khamis, saya ditugaskan untuk mengambil gambar trofi dan sijil di galeri PTAR. bahan ini penting sebagai bukti PTAR telah mencapai banyak kejayaan. Dan bukti ini juga akan saya sort dan dokumenkan untuk menyiapkan projek kecil saya iaitu mengumpul maklumat pencapaian untuk dimasukkan dalam laman web dan juga untuk disimpan sebagai asset kpd PTAR.



Sunday 13 May 2012

Minggu Ke 3

Minggu ketiga saya mengumpul maklumat tentang EKMS dari en. faizar.terutama ttg kekangan2 EKMS yg sedia ada. Selain itu saya membantu en. Faizar upload bahan ke web PPUiTM dan mengemaskini info2 terbaru. Pada hari jumaat, saya menyertai staf BPSTM berbincang dgn pihak IBM mengenai enhancement yang mereka mahu. melalui perbincangan ini, saya dapat mengumpul maklumat ttg EKMS dan apa yang IBM boleh bantu dalam memperbaiki mutu KM portal mereka.

minggu ke 2, hari ke 7

hari ni hari terakhir dlm minggu kedua saya berpraktikal. banyak benda baru saya belajar dari sv saya, antaranya tentang tools terbaru atau software2 baru yang digunakan. selain itu saya turut membantu En.Faizar menyiapkan navigation slide untuk multimedia games. Saya juga diperkenalkan dengan seorang staf wanita iaitu Cik zalifah, Beliau adalah student Phd. Cik zalifah sedang menyiapkan assignment beliau mengenai EKMS. Jadi kami boleh berkongsi maklumat tentang EKMS, walaupun tajuk kami berbeza tapi beliau banyak membantu saya memberikan idea. selain itu saya masih melakukan tugasan mengemaskini maklumat pencapaian dan photo event. 

saya juga sedang menyiapkan proposal projek, kerana minggu kelima supervisor akademik akan melihat apa projek yang saya lakukan disini. setakat ini, dengan bantuan En. Faizar saya dapat mengumpulkan maklumat yang diperlukan. saya berharap saya dapat mempelajari lebih dari apa yang saya buat disini.