Thursday 26 April 2012

Hari ketiga(25/4/12) dan Hari keempat(26/4/12)

Hari ketiga

Pada hari ketiga saya masih mengemaskini maklumat pencapaian tapi mengikut peringkat. selain itu saya mula mencari bahan rujukan, maklumat-maklumat mengenai IBM connection. Ini kerana, setelah berbincang dengan en.Faizar mengenai projek yang akan saya lakukan disini, saya diberi idea oleh en.faizar utk buat R&D tentang new solution platform untuk KM portal. En.Faizar mencadangkan saya meneliti dan mengkaji kerberkesanan software IBM connection.
  

Hari keempat

Pada hari keempat pula, En.Faizar mengajar saya bagaiman untuk convert gambar aktiviti PPUiTM dari size yg asal ke size yang kecil dengan menggunakan Photoshop CS3.Dan gambar-gambar itu saya upload ke beberapa social networking yang digunakan oleh PPUiTM dengam menggunakan Posterous.

Tuesday 24 April 2012

Hari kedua (24/4/12)

Pada hari kedua, saya masuk kerja seperti biasa dan menyambung tugasan mengemaskini maklumat anugerah inovasi. Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui pencapaian yang dicapai oleh PTAR yang bukan sahaja di peringkat UITM tapi hingga luar negara. Berdasarkan apa yang en. Faizar beritahu mereka mempunyai masalah apabila pelawat dari luar datang melawat PTAR untuk melihat pencapaian yang telah mereka capai. Maklumat ada tetapi tidak tersusun dan tidak berkumpul di satu department sahaja. Dengan tugasan yang diberi saya berharap saya dapat membantu PTAR untuk organize maklumat ini untuk memudahkan staff PTAR pada masa akan datang dan bila maklumat ini diperlukan. Adalah penting untuk menyimpan semua maklumat mengenai pencapaian ini kerana ia membawa Goodwill kepada sesuatu organisasi.

Pada petang pula, saya berbincang bersama En. Faizar dan Puan Aznur dari bahagian kualiti  dan latihan tentang apa yang mereka mahu saya organize kan dan pada siapa saya boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

Monday 23 April 2012

Hari pertama (23/4/12)

Awal pagi iaitu pada  pukul 7.50 saya telah melaporkan diri di PTAR 1, Puan Aznur memberi sedikit info mengenai PTAR dan briefing tentang rules regulations. Puan Aznur juga membawa saya ke bahagian Pengurusan Sistem dan Teknologi Maklumat dan memperkenalkan saya dengan beberapa staff dan juga Encik faizar selaku supervisor saya sepanjang saya berpraktikal disini. Untuk hari pertama En. Faizar berbincang dengan saya serba sedikit tentang kerja dan projek yang akan saya lakukan. Saya diminta untuk mengemaskini maklumat tentang Pencapaian Inovasi dari tahun 2004 hingga tahun 2011. Bagi saya tugasan ini nampak senang tapi bila diteliti balik agak memeningkan kerana maklumat berterabur. En. Faizar juga memberi pendedahan tentang Library 2.0 dan beberapa tools yang lain.

Pengenalan

assalamualaikum and good morning

Wujudnya blog ini adalah sebagai medium untuk saya bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya berpraktikal atau latihan industri selama 15 minggu. sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri, saya Nur Munirah binti Ibrahim, pelajar tahun akhir dan semester terakhir jurusan Bachelor of Information Technology(Knowledge Management) UNISEL. Kini saya sedang berpraktikal di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR1) UITM shah alam. Saya memilih PTAR kerana job scope yang diberikan oleh mereka bersesuaian dengan majoring saya iaitu Knowledge management. Namun begitu saya ditempatkan di Bahagian Pengurusan Sistem dan Teknologi Maklumat.Ini telah membuka peluang saya untuk menimba pengalaman dan ilmu bukan saja dalam Knowledge management tapi di dalam teknologi maklumat juga. saya mengharapkan dalam masa 15 minggu ni saya dapat menyesuaian kan diri dan menimba sebanyak mana ilmu yang ada. selain itu saya dapat mempraktikan apa yang saya pelajari selama ini.

Terima kasih.