Tuesday 24 April 2012

Hari kedua (24/4/12)

Pada hari kedua, saya masuk kerja seperti biasa dan menyambung tugasan mengemaskini maklumat anugerah inovasi. Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui pencapaian yang dicapai oleh PTAR yang bukan sahaja di peringkat UITM tapi hingga luar negara. Berdasarkan apa yang en. Faizar beritahu mereka mempunyai masalah apabila pelawat dari luar datang melawat PTAR untuk melihat pencapaian yang telah mereka capai. Maklumat ada tetapi tidak tersusun dan tidak berkumpul di satu department sahaja. Dengan tugasan yang diberi saya berharap saya dapat membantu PTAR untuk organize maklumat ini untuk memudahkan staff PTAR pada masa akan datang dan bila maklumat ini diperlukan. Adalah penting untuk menyimpan semua maklumat mengenai pencapaian ini kerana ia membawa Goodwill kepada sesuatu organisasi.

Pada petang pula, saya berbincang bersama En. Faizar dan Puan Aznur dari bahagian kualiti  dan latihan tentang apa yang mereka mahu saya organize kan dan pada siapa saya boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment