Monday, 23 April 2012

Pengenalan

assalamualaikum and good morning

Wujudnya blog ini adalah sebagai medium untuk saya bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya berpraktikal atau latihan industri selama 15 minggu. sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri, saya Nur Munirah binti Ibrahim, pelajar tahun akhir dan semester terakhir jurusan Bachelor of Information Technology(Knowledge Management) UNISEL. Kini saya sedang berpraktikal di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR1) UITM shah alam. Saya memilih PTAR kerana job scope yang diberikan oleh mereka bersesuaian dengan majoring saya iaitu Knowledge management. Namun begitu saya ditempatkan di Bahagian Pengurusan Sistem dan Teknologi Maklumat.Ini telah membuka peluang saya untuk menimba pengalaman dan ilmu bukan saja dalam Knowledge management tapi di dalam teknologi maklumat juga. saya mengharapkan dalam masa 15 minggu ni saya dapat menyesuaian kan diri dan menimba sebanyak mana ilmu yang ada. selain itu saya dapat mempraktikan apa yang saya pelajari selama ini.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment